Ana Rafalli Dah Kahwin.Tahniah.

Dengan sekali lafaz, Ana Raffali, 26,sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Majlis yang disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat ini dimulakan dengan majlis pertunangan Ana Raffali dan Aznaim sejam sebelum mereka diijabkabulkan.
Ana Raffali yang berwalikan bapanya iaitu Mohd Raffali Mohd Nor selamat diijabkabulkan pada 11.55 pagi. Pasangan pengantin tampil dengan busana kelabu sedondon dengan Aznaim yang direka khas oleh Ezuwan Ismail.
Pengantin lelaki memberi 7 dulang hantaran iaitu satu dulang coklat, set perfume Mont Blanc, sireh junjung, manisan, gelang berlian dan cincin, set telekung dan wang hantaran sebanyak RM11,412.
Manakala pengantin wanita membalas 9 dulang hantaran berupa sedulang buah-buahan, bunga rampai, kek, dompet, jam Stuhrling dan perfume Lacoste, sireh junjung, Ipad, cincin, dan 7 biji kamera simbolik 7 tahun perkenalan mereka.
Majlis resepsi Ana Raffali dan Ahmad Aznaim akan berlangsung pukul 2 petang pada hari dan tempat yang sama.
 Hah,copy paste terus dari Gempak.Org..Aku suka baju Ana Rafalli..Sweet dan cantik.Warna kelabu bagi aku sesuai dengan lelaki dan perempuan.Cantik-cantik.Aku suka tengok Ana Rafalli dah bertudung dan tutup elok gitu.Harap dia terus kekalkan pakai tudung yang betul,bukan pakai sambil lewa kadang-kadang nampak tengkuk semua tu.Semoga berbahagia yek.Bertuah la suami Ana.

Semua orang heboh pasal Lisa Surihani dan Yusry kahwin,kat dashboard aku penuh orang dok update pasal dorang.Jemu lah.Heheh.Ramai betul artis kahwin kan.Tahniah la korang dah kawin,semoga bahagia sehingga syurga hendaknya.


 Gambar : Rotikaya

0 comments:

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2012 Protected | Infinite