Tudung Bawal


Assalamualaikum.Cantik kan Datin Nurjuma Habib?Dari dia mula-mula muncul kat tv dulu aku dah teruja dengan kecantikan dia.Sekarang dia dah jadi founder Aidijuma,pengeluar tudung bawal dia sendiri.Murah-murah pulak tu,1 tone RM8,2 tone RM15,polkadot RM33.Kalau ada kat Ipoh,memg aku dah borong kot mana yang murah-murah tu.Siapa suka pakai tudung bawal?Angkat tangan!Heheh.Hello Bawalovers sekalian.

Kenapa suka tudung bawal?
  • Mudah.
  • Kalau pakai cara betul,sememangnya tutup dada.
  • Selesa.
  • Sesuai dengan bentuk muka.

Aku suka tudung bawal sebab mudah bagi aku.Mudah sebab kadang-kadang kita boleh pakai ringkas-ringkas je dengan tudung bawal.Yeah,kalau banding dengan tudung express,tudung express lagi mudah dan senang kan sebab sarung je.Tapi untuk aku tudung express terlalu mudah sampai macam orang malas.Ehh,kecik hati akak-akak yg suke tudung sarung kan.Bukan-bukan,tudung bawal mudah nak jaga.Xperlu susah hati nak jaga pengeras macam tudung sarung.

Tudung bawal,orang cakap tudung bawal lagi jarang dari tudung sarung,so dorang pon memilih pakai tudung sarung.Tapi tahukah anda,kalau kita pandai cari dan pilih,kita boleh jumpa tudung bawal yang tak jarang & cantik & senang nak pakai & labuh tutup dada & kain lembut?Yang penting,pakai tudung tutup dada (ikut cara korang pakai jugak).Kalau orang yg cakap tudung bawal jarang itu pakai tudung sarung,pakai saiz berapa kak?Mesti saiz M kan,pendek jgk kan?Tutup dada?Emm,tak kot.Korang nak ke pakai saiz L or XL?Tak kan,tambah mana yang muda-muda tu.Saya tau la,sebab kalau saya belek-belek tudung sarung,mesti tengok yang saiz M je.Tapi memang pendek la. (ohh,terlebih sarcastic sudah)

Selesa.Selesa sebab kita akan rasa kita telah tutup seeloknya.Aku kalau pakai shawl & tudung sarung,rasa insecure,kot-kot tak tutup dada.Last-last tudung bawal jugak yang disarung.Pakai tudung bawal pinkan fesyen butterfly.Heheh.

Sesuai dengan bentuk muka.Yes,tudung bawal sesuai dengan bentuk muka.Sesetengah orang tak sesuai pakai selendang & tudung sarung.Tapi tudung bawal ni berzaman orang pakai,tak pernah jumpa kata tak sesuai dengan bentuk muka.Kan kan?

Dan pashmina adalah tudung/selendang yang bagi aku,sesuai dipakai selain tudung bawal,sebabnya ; besar tutup dada dan lebar,serta tak jarang.Bila tengok tudung bawal polkadot Aidijuma tu,teringin.Tapi mahal bagi aku yang tak berduit ini.Kalau aku beli reben polkadot sendiri,lepastu jahit kat tudung sendiri,boleh tak? (^.^)

5 comments:

ciksukaberangan said...

wa'alaikumussalam. hehe. lawa la~ saya setuju dengan anda... tudung bawal tu sesuai dengan semue bentuk muke... dan boleh dipakai menutup dada... tapi skgni pun tudung sarung ada yg bsaiz besar. tp kene pndai cari la :)

aisya said...

suka tudung bawal jugak. xleceh macam selendang. tudung sarung tu pulak tak berkenan sgt. =)

♛ Nazirah a.k.a Naz ♛ said...

haah..memg ada tudung sarung saiz besar..tpi selali yg pkai saiz gitu,gadis2 yg memg nak tutup dada & jgk mak-mak/makcik2 kt..tpi kebanyakkan nye pkai yg pendek2..xkira umur jgkk..gadis2 yg selalu berfasyen,takdenye nak pkai saiz L XL kan

♛ Nazirah a.k.a Naz ♛ said...

betull.selendang nak kena lilit2..lepas tu asik nak kena betul je..kt pkai je selendang,tpi tgk jgk la..kalo rajin pakai je..tudung sarung,pkai takat nak kuar umh buang sampah je.kihkih

Anonymous said...

so tudung juma ni kategori jarang ke tak? saya pun tgh cari tudung bawal yg tak jarang....

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2012 Protected | Infinite