Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

Entri Yang Cuba Dielakkan


Assalamualaikum.Hai semua,sihat ke?Okay,isu kita nak bentang harini pasal entri-entri apa yang kita akan cuba elakkan.Ye la,mesti korang ada jugak post entri pasal isu semasa semua,selain personal kan.Its okay,itu hak awak.Macam kita,kita ada juga beberapa ciri berita yang kita akan cuba elak dalam post kat blog tak kira Miss Durian Runtuh or My Pastel Diary nih.Meh baca:
  1. Nuffnang BE,cashout,dapat cek Nuffnang,statistik unique visitor,keywords.Kadang-kadang kita rasa kenapa orang suka share pasal dia dapat BE dalam blog.Terfikir je,takde la sampai kita nak menyampah pulak kan.Hihik.Itu kan rezeki dia.Tapi kita memang setakat nih tak pernah rasanya cerita pasal dapat BE.Cashout?Saya pernah sekali cashout,hasil dari Miss Durian Runtuh,tapi tak pernah cerita lagi.Mungkin nanti cashout kali kedua baru nak cerita.Hihik.Gambar cek pertama pun tak tau ada lagi ke tak.Unique visitor & keywords?Dulu-dulu selalu juga buat entri pasal nih,tapi sekarang kalo boleh nak elak sebab tak menarik.Tapi pasal Nuffnang nih memang macam tak berapa best nak dibuat entri.Kecuali macam tips & tutorial,kita suka.
  2. Berita isu semasa.Kadang-kadang kita tengok dekat dashboard,sampai 5 6 blog cerita benda yang sama.Rasanya tak perlu kot nak buat juga post pasal isu semasa sebab berita sebegitu orang akn share di Facebook jugak.Paling terbaru pasal isu kanak-kanak nama Dirang tu.Kesian kan T_T
  3. Dunia artis/majlis anugerah/gosip.Sebab entri pasal artis nih setakat sehari dua saja yang tarik visitor.Lepas tu dah basi.Kalau buat entri pasal gambar menarik,gambar fesyen artis,entri bergambar bagi kita memang akan sentiasa boleh di ping setiap masa.Tapi kadang-kadang kita tulis jugak cerita pasal artis kahwin.Kihkih.Tapii nak elak.
Kita kan,sekarang memang jarang sangat menulis.Dan kalau boleh nak tulis entri yang sampai bila-bila orang boleh baca.Kiranya,kalau entri 4 bulan lepas,kalau kita ping kat Innity, Busuk or Facebook,orang boleh minat nak baca lagi.So,visitor pon maintain je kan.

What Meaning of This?

Assalamualaikum.Zaman sekarang zaman internet.Siapa yang tak main internet maybe kat rumah dia takde komputer.Its okay,bukan semua orang senang kan.Tapi tapi kalau korang main internet,apa yang korang buka?Blog,Tumblr,Twitter or Facebook?Or 9GAG.Heheh.Mesti korang banyak jumpe term-term singkatan kan terutama dalam tumblr & 9gag la.Lol,ROFL,badass,OTP dan macam-macam lagi.Dan kebanyakannya adalah term-term yang tak sesuai dengan budak-budak.So,sebelum korang nak guna satu-satu singkatan tu,better Google dulu kalau tak faham apa maksudnya.Okay,aku senaraikan beberapa term-term yang aku selalu jumpa la dan ada jugak yang aku guna.
A.K.A = Also Known As
LOL = Laughing Out Loud
ROFL = Rolling On Floor Laughing
OTP = One True Pairing
FYI = For Your Information
IKR = I Know, Right
UNF = Universal Noise of F***ing
ETC = Et Cetera (and so on)
IAWTC = I Agree With That/This Comment
GPOY = Gratuitous Picture Of Yourself
OMG = Oh My God
FML= F*** My Life
JK = Just Kidding
LMAO = Laughing My Ass Off
LMFAO = Laughing My F***ing Ass Off
Badass = Cool, confident person (?)
Swagg = Style, coolness, confidence
FTW = F*** The World or For The Win
IDGAF = I Don't Give A F***
Ini antara yang biasa aku jumpa.Kalau korang ada jumpa F tu,hati-hati,jangan main guna sahaja okay ^.^ Korang boleh cari lagi kat InternetSlang okay.

Tudung Bawal


Assalamualaikum.Cantik kan Datin Nurjuma Habib?Dari dia mula-mula muncul kat tv dulu aku dah teruja dengan kecantikan dia.Sekarang dia dah jadi founder Aidijuma,pengeluar tudung bawal dia sendiri.Murah-murah pulak tu,1 tone RM8,2 tone RM15,polkadot RM33.Kalau ada kat Ipoh,memg aku dah borong kot mana yang murah-murah tu.Siapa suka pakai tudung bawal?Angkat tangan!Heheh.Hello Bawalovers sekalian.

Kenapa suka tudung bawal?
  • Mudah.
  • Kalau pakai cara betul,sememangnya tutup dada.
  • Selesa.
  • Sesuai dengan bentuk muka.

Aku suka tudung bawal sebab mudah bagi aku.Mudah sebab kadang-kadang kita boleh pakai ringkas-ringkas je dengan tudung bawal.Yeah,kalau banding dengan tudung express,tudung express lagi mudah dan senang kan sebab sarung je.Tapi untuk aku tudung express terlalu mudah sampai macam orang malas.Ehh,kecik hati akak-akak yg suke tudung sarung kan.Bukan-bukan,tudung bawal mudah nak jaga.Xperlu susah hati nak jaga pengeras macam tudung sarung.

Tudung bawal,orang cakap tudung bawal lagi jarang dari tudung sarung,so dorang pon memilih pakai tudung sarung.Tapi tahukah anda,kalau kita pandai cari dan pilih,kita boleh jumpa tudung bawal yang tak jarang & cantik & senang nak pakai & labuh tutup dada & kain lembut?Yang penting,pakai tudung tutup dada (ikut cara korang pakai jugak).Kalau orang yg cakap tudung bawal jarang itu pakai tudung sarung,pakai saiz berapa kak?Mesti saiz M kan,pendek jgk kan?Tutup dada?Emm,tak kot.Korang nak ke pakai saiz L or XL?Tak kan,tambah mana yang muda-muda tu.Saya tau la,sebab kalau saya belek-belek tudung sarung,mesti tengok yang saiz M je.Tapi memang pendek la. (ohh,terlebih sarcastic sudah)

Selesa.Selesa sebab kita akan rasa kita telah tutup seeloknya.Aku kalau pakai shawl & tudung sarung,rasa insecure,kot-kot tak tutup dada.Last-last tudung bawal jugak yang disarung.Pakai tudung bawal pinkan fesyen butterfly.Heheh.

Sesuai dengan bentuk muka.Yes,tudung bawal sesuai dengan bentuk muka.Sesetengah orang tak sesuai pakai selendang & tudung sarung.Tapi tudung bawal ni berzaman orang pakai,tak pernah jumpa kata tak sesuai dengan bentuk muka.Kan kan?

Dan pashmina adalah tudung/selendang yang bagi aku,sesuai dipakai selain tudung bawal,sebabnya ; besar tutup dada dan lebar,serta tak jarang.Bila tengok tudung bawal polkadot Aidijuma tu,teringin.Tapi mahal bagi aku yang tak berduit ini.Kalau aku beli reben polkadot sendiri,lepastu jahit kat tudung sendiri,boleh tak? (^.^)

Isu Giveaway

Assalamualaikum.Korang sihat?Siapa suka giveaway or contest?Semua suka kan?Aku pon suka masuk dulu-dulu,sekarang dah jarang masuk.Aku pernah menang contest,dapat shawl & lilin comel.Suka gila-gila lah.Heheh.Tapi yang aku nak cerita sekarang pasal contest/giveaway sekarang.Aku rasa giveaway sekarang tak telus.Faham tak?

Okay,contoh dalam satu giveaway,ada banyak sponsor kan.Okay la,ada hadiah baju,dress,shawl,rantai,sekali dalam senarai hadiah ada topup RM5 dengan header,doodle,edit gambar.Aku rasa what the H kan.Sebab cuba korang bayangkan,kalau ada 20 hadiah,aku dengan kawan aku join.Misalan kata kawan aku dan aku menang.Kawan aku dapat baju,aku dapat header percuma..huhuhuhuh..Sedih kot.Bagi aku,orang yang buat giveaway pon pada-pada la nak cari sponsor pon.Tak adil tau.Tak pon sekalikan topup RM5 dengan header.Tapi bagi aku,hadiah header & edit gambar adalah sangat NGENG.Kenapa la orang nak sponsor header & edit gambar???Sebab nak naikkan trafic dan follower kan kan?Tau sangat tujuan itu.Dan kenapa la penganjur nak terima hadiah yang macam itu.Kalau nak buat hadiah macam tu biar semua hadiah sekufu.Cewaahh,sekufu.

Lagi satu,aku tengok sekarang kemain ramai budak-budak buat GA..Lepas tu kemain ramai sponsor.Aku terfikir-fikir,dorang bayar ke hadiah itu atau dapat free daripada sponsor?Kalau sponsor,free la kan.Dah tu,kenapa sponsor sanggup nak sponsor hadiah baju la,shawl la sampai 2 3 helai,ada keuntungan ke?Ada win-win situation kah?Sebab aku fikir kan,kalau setakat penganjur promote sponsor dalam blog,rasanya sama je.Sebab kuasa Facebook itu lagi tinggi dalam nak meniaga.Melainkan Irine Nadia,Fatin Liyana,Hanis Zalikah promote sponsor,maybe lah ada nampak perniagaan makin maju.

Lepas tu giveaway sekarang nih gempak sangat,ramai sponsor,sangat banyak fanpage/blog kena LIKE & follow,rasa annoying kot..Huhuhu.Aku join giveaway yang syarat mudah aja.Takpe la hadiah tak banyak,tapi telus.Jangan hadiah banyak tapi merapu.

Hujung tahun lepas ada join contest blog saya ringan dan kemas,habis bulan 12.Okay,dah LIKE FOLLOW blog fanpage semua kan.Bila cek balik post itu sebelum tarikh tutup habis tengok-tengok dah hilang post tu,padahal xhabis lagi contest.Aku musykil,budak-budak ni betul ke buat GA or sekadar nak tambah follower sahaja.

Dan aku ada buat penyiasatan la kan,aku tengok ada satu GA,dah dapat pemenang,tapi bukan penganjur yang hantar hadiah,tapi pemenang kene tebus hadiah sendiri dari sponsor.Dah tu penganjur pulak tak bagitau betul-betul pada sponsor information lengkap pasal pemenang,so pemenang tak dapat-dapat hadiah dia.Aku pelik,jadi sponsor lah yang akan post hadiah pada orang yang menang?Duit pos macam mana?

Lagi satu kan,kenapa blogger budak-budak boleh buat giveaway banyak betul sponsor.Macam mana pensponsor boleh percaya budak-budak.Faham tak?Dorang sponsor rantai,baju,dress,shawl.Budak-budak nih bayar ke.Eh,dah cakap kan,redundant pulak kenyataan aku.Heheh.

Aku cuma musykil.Kalau aku nak buat GA kan,better aku guna duit sendiri kot.Kalau nak cari sponsor pon,biar lah semua hadiah itu sekufu.Jangan tak adil.Aku rasa perlu ada satu persepakatan antara penganjur dan pensponsor.Aku pelik betul,kiranya orang yang anjur tak buat apa-apa tak kuar duit,tapi sponsor yang bagi hadiah gitu?Kalau macam tu,baik pensponsor yang buat GA kan.Hahahah.Okay la,siri ISU aku.Bye.Renung2 dan fikir2 kan lah yek.

Dunia Blogging


Assalamualaikum.Harini nak cerita pasal apa perkara aku mungkin tak kan buat/serik dalam dunia blogging.Cewah,konon macam ada orang nak baca,macam ada orang nak ambik tau je kan.Takpe-takpe,ini adalah blog syok sendiri namanya.Ada saya kesah.Cewahh.Heheh :) Tengok muka Donkey tu pon "ada donkey kesah?".

Aku takkan tempah header daripada blogger lain.Kalau free takpe,atau ada blogger bagi freebies header,aku akan guna kalau terdesak.Kenapa begitu? Sebab aku rasa aku boleh buat header sendiri dan ikut taste aku.Macam ni la,aku jenis yang cepat jemu,dan kalau aku beli header dari orang lain,kalau pakai sekejap,mesti rugi kan.Sesetengah blogger pulak jual header pon agak mahal dan kadang-kala tak berbaloi.Maybe sebab aku boleh buat sendiri aku cakap macam ni.Kalau blogger lain yang malas/tak reti nak buat,dia lebih senang order je kan.Header flash sahaja aku tak reti buat lagi.

Aku takkan tempah template daripada blogger lain.Maksud aku,walaupun blogger itu designnye sangat cool dan awesome,tapi aku cuba buat design yang sama/seakan-akan sama dengan template dia buat,tapi ikut taste aku,warna yang aku suka,image yang aku.So,kita akan dapat free,belajar benda baru dan juga design kita.Itu penting ikut blog yang ada jual template,kita boleh take note macam mana cara dia buat,ikut tutorial dan lain-lain.Banner,button?Sama lah,takkan beli jugak.

Aku mungkin takkan beli doodle lagi.Sebelum ni pernah beli doodle dari dari sini ke bintang-bintang.Masa tu aku tak reti nak lukis doodle sendiri.Dan sekarang aku tau la jugak lukis sendiri walaupun comot doodles aku kan.Kiranya bila kita dah tau nak buat sendiri,kita akan lebih fokus nak guna hasil kita :) Dan banyak sangat pendoodler yang bagi freebies doodles.So,why must we buy it?Dan aku jenis cepat jemu,kalau buat untuk header,sekejap sangat akan guna dan tak berbaloi kalau beli.

Aku serik dengan template blogskin.Why?Sebab kebanyakan blogskin designer tak letak code supaya blog kita sentiasa berupdate dalam blog list orang.Faham tak?Maksud aku,sesetengah template blogskin,bila kita pakai,blog kita takkan berupdate dalam blog list orang lain.Kalau aku ada buat entri baru,orang lain yang letak link blog aku xkan tau bahawa blog aku sudah berupdate.So,aku kena buat secara manual,dan kalau aku xsedar,so,orang lain pon takkan sedar blog aku dah berkurun ada entri baru.Faham?Template yang paling senang bagi aku denim,simple,minima.

Aku malas join segmen.Anda pernah baca blog Tubelawak berkenaan isu segmen?Aku memang terpengaruh dengan entri itu dan sebenarnya betul.Kalau join segmen,misalan kata satu segmen ada 200-300 entri orang join.Sekali orang yang buat segmen tu letak kesemua 200-300 blog dalam satu list.Adakah anda akan berminat nak klik satu-satu link blog itu?Aku??Rajinnnn sangat lah aku nak klik setiap satu kan.Dan mesti orang yang buat segmen ada kenakan syarat sekian-sekian;follow blog dia,letak link blog dia.At last,siapa sebenarnya yang dapat untung?Fikir-fikirkan lah.Ehh,aku dulu pon selalu join segmen jugak,dan aku memang takkan pergi setiap blog dalam list tu.Aku akan klik mana yang bertuah sahaja.Heheh. (Menulis dari pengalaman dan pengamatan).Aku rasa kalau nak buat segmen,jangan letak semua link dalam 1 list.Cuba hadkan 1 list 10 blog.Dan setiap blog post tu jarak-jarakkan masanya.Barulah ada hasil.

Join contest dan giveaway?Yes,aku suka join contest & giveaway sebab pernah menang sekali.So,aku rasa berbaloi je join kalau korang rajin kan.Tapi satu je yang aku tak berapa minat.Kadang-kala penganjur buat syarat yang tak munasabah dengan hadiah.Maksudnya,syarat-syarat ; kena follow (ok), kena buat entri (ok), letak banner (ok), kena lika fanpage sampai 10 fanpage (errr), kena promote pensponsor (errr),sekali tengok hadiah; header,cursor,doodle..Aiyoohhh.Dulu pernah tengok syarat macam-macam,hadiah pulak 1 2 biji keychain & coin purse sahaja.Aku pernah join giveaway 2 bulan lepas,kata akan bagitau pemenang hujung bulan 12,sekali bile bukak tengok page giveaway tu dah remove hilang tiba-tiba.Padahal dah punya banyak fanpage aku LIKE.Ni yang saya tak gemar ni.Korang nak follower beribu secara tiba-tiba,buat la giveaway tau ^.^

Annoying tau.Waktu aku suka join giveaway tahun 2009/2010 dulu,syarat mudah.Hadiah apa?Ipad,laptop,MP3,pendrive,shawl,10 20 hadiah sekali gus iaitu ada 10 20 pemenang (hadiah keychain,coin purse,beg,fridge magnet).Baru lah berbaloi,kalau nak aku LIKE fanpage sampai 20 fanpage pon aku sanggup. =.=

Kesimpulan,dunia blogging ini seronok kalau kita jadikan ianya seronok.PEACE. Eh,aku tak rendahkan blogger yang jual template,header,doodle tau.Walhal,dorang lah sumber rujukan aku supaya aku boleh buat jugak versi aku sendiri.
 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2012 Protected | Infinite