Showing posts with label 5 Day Challenge. Show all posts
Showing posts with label 5 Day Challenge. Show all posts

Day Five. Five things you would like to do before you die

Assalamualaikum.Nak sambung buat terus habiskan cabaran 5 hari ini. 5 perkara yang saya nak buat sebelum mati:
1. Ambil lesen kereta dan moto.Saya tak reti bawak moto.Acane nih,segan pulak dah tua-tua tak reti bawak moto kan.Haritu ada belajar bawak skuter tapi masuk longkang.Sejak tu takut sangat nak bawak skuter.Moto biasa,lagi tak reti. =.="

2. Jumpa teman hidup,bertunang dan berkahwin.Ini impian setiap orang kan.Dan kalau boleh nak perkahwinan kita seperti yang kita nak.Boleh baca entri my dream wedding ini.Heheh.Seterusnya keluarga bahagia.

3. Kerja dan banyak duit.Sebab saya suka duit.Kihkih.Tapi biarlah halal dan bila dapat kerja tu,selesaikan hutang ptptn dan bagi abah tiap bulan.InsyaAllah :)

4. Kereta Suzuki Swift atau Perodua MyVi

 

5.  Travel.Melancong.Jalan-jalan.Keliling Malaysia.Lepas tu pergi Vietnam,Indonesia.Dan tunai Haji.InsyaAllah.

Day Four. Four of your favorite memories

Assalamualaikum..Lama betul tak buat challange ini.Kihkih..Four of your favorite memories:
1. Pergi Genting Highlands buat pertama kali pada tahun 2000 dengan sedara mara.Sangat seronok sebab pergi dengan sepupu sepapat,waktu tu pulak tengah sekolah rendah lagi,so,best la.Kami sepupu memang umur nak dekat sebaya je.


2. Dapat UPSR 4A1C,PMR 6A2B,SPM 5A.Okay,memang sangat seronok sebab dapat banyak A.Walopon SPM tu dapat 5A saja,tapi tetap seronok sebab Add Math kita A2.Hihik,sapa tak seronok kan.

3.Kehidupan di Universiti Malaysia Terengganu adalah seronok.Walaupun banyak duka dari suka,tapi dekat sini la banyak perkara mematangkan diri berlaku.Tapi kadang-kadang tetap juga tak matang dalam buat keputusan.Macam mana tu? =.="

4.Memori bersama arwah emak.Kita dapat hidup dengan mak 13tahun saja.Itu pon tak cukup pun 13 tahun.Tapi takpa,sekurang-kurang banyak kenangan yang kita masih ingat sampai sekarang.Sampaikan kita teringat-ingat lagi mee goreng,gulai asam pedas,ikan masin masak sambal mak sampai sekarang.Tak boleh lupa sebab selalu mintak mak suapkan bila makan :)

Day Three. Three of your favorite songs ever

Assalamualaikum kembali :) Three of your favorite songs ever.Aku bab-bab lagu sangat lemah sebab aku jarang dengar radio.So,aku banyak dengar lagu-lagu lama sahaja.Currently,aku selalu dengar lagu Fallen OST bagi filem Fair Love,filem Korea 2009.Best lagu nih.Tapi aku suka yang piano version sebab suara perempuan yang nyanyi itu sedap.Dan currently jugak aku selalu dengar lagu Rosalinda OST drama Mexico Rosalinda dan lagu Pandora OST drama Mexico La Usur Padora.

이하나 - Fallen

Rosalinda

Pandora

Day Two. Two people you want to be with right now


Assalamualaikum.Dah lama tak tulis kat sini.Two people you want to be with right now yeh.Aku nak bersama family dan kawan.2 golongan bukan 2 orang nih.Heheh.Family mestilah abah makcik kakak yob nyah yang dan semua lah.Sayang family aku,tapi aku selalu buat susah hati abah dan adik beradik aku.:(
Golongan kedua mestilah kawan-kawan aku.Aku nak jumpa Zarini,Fatin,Dello,Sue,Shaz,Ain,Jas,Laili.Rindu semua :)
Dan rasanya aku kena dekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Day One. One thing you want right now

Assalamualaikum.1 perkara yang aku mahu sekarang ni habis belajar & cepat cari kerja supaya tak rileks lagi.Dah tak sanggup dengan diri sendiri dah.Kecewa dah sangat-sangat dengan sikap diri sendiri.Tak tau apa nak jadi entah la.

FIVE(5) DAY CHALLENGE


Day One. One thing you want right now
Day Two. Two people you want to be with right now
Day Three. Three of your favorite songs ever
Day Four. Four of your favorite memories
Day Five. Five things you would like to do before you die
Cabaran baru.Yeay!
Credit : Yourchallenges
 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2012 Protected | Infinite