Day 8 – Your dream wedding.

Assalamualaikum.Dah lama terbantut projek cabaran 30 hari ini.Macam melepas batuk di tangga,seperti mencurah air di daun keladi.Okey,peribahasa takde kena-mengena kan.Okey,hari ke-8,perkahwinan idaman.Okey,aku tak pernah terfikir pon pasal perkahwinan idaman atau lebih tepat,tema bagi perkahwinan aku suatu hari nanti,InsyaAllah.Sebab bagi aku,biarlah rahsia,cewahh,konon artis.Okey,aku suka tema yang nice and simple.Tak sarat,tak makan banyak duit tapi cantik.So,aku akan cari wedding organizer yang bagi pakej makeup,pelamin,set bilik tidur,baju bersanding yang cantik disamping boleh tawar menawar.

Untuk bertunang & bernikah :
Aku suka baju yang ringkas,warna pastel & banyak manik.Aku nak baju yang macam jubah dress,ada curve tapi tak ketat.Sebab-sebab taknak fit sangat & ikut badan sangat,sebab waktu bertunang,korang akan duduk kat bawah (selalunya) dan memerlukan korang bergerak banyak.Nak salam bakal mak mertua la,nak salam makcik-makcik la.Kalau baju ketat,badan debab,acane?

Source : beautifulnara


Tengok baju nikah Nurul Syuhada Nurul Ain & baju tunang Irine Nadia,warna pastel,ada manik-manik dan ada curve yang tak fit & tak ketat.Aku suka baju macam ni,selain nampak sopan,korang jugak boleh elak dapat kritikan kalau pakai baju ketat.

Untuk kahwin (sanding,tandang) :
Aku nak warna silver sebab nampak cantik untuk lelaki & perempuan.Sebab mana tau bakal future husband aku gelap orangnya (kekeke) dan berbadan saiz XXL (kekeke), apa kata kita kenakan dia dengan persalinan silver/kelabu gelap @ warna gelap.Satu persalinan silver/kelabu gelap & satu persalinan putih/beige.Kekeke,mesti lawak kan.

Source : beautifulnara


Macam warna baju Farah Diana waktu bersanding ni.Warna khakis/beige kan.Sesuai untuk lelaki gelap.Aku kalau boleh,taknak la aku sorang je nampak beria nak kahwin,kalau boleh biar 2 2 nampak cantik/hensem masa tu.Dan sekali lagi,aku nak baju yang ada curve tapi tak ketat sangat & tak fit sangat,serta berfesyen.

Tema & Photo Booth & Wedding/Post-wedding Photoshoot :
Tema kena la pastel.Aku suka warna pastel sebab sesuai dengan aku.Means,aku tak minat langsung warna terang sakit mata,macam oren,hijau epal,biru laut,merah,kuning diraja.Warna pastel macam warna di bawah.Serta bunga-bungaan segar dari ladang.Bunga pilihan : ros & baby breath.

source : flickrdipity

Photo booth untuk wedding,perlu lah ada props kan.Aku nak buat something DIY,macam dalam entri INI.Selain aku nak buat tema santai,pergi Padang Polo/Gunung Lang/Taman Tasik Taiping,bawak props,tangkap gambar.Tema vintage maybe.Ada balloons,ada beg raga,ala-ala berkelah.Orang buat pre-wedding kan,aku nak buat post-wedding boleh?Kirenya tangkap gambar waktu nikah/sanding/tandang & selepas kahwin (baju santai,bukan baju kahwin).Tak best la nak photoshoot pre-wedding,tak bebas!

source : joannagoddard
source : blogwedding
source : bridefinds

Sebenarnya kalau kita kreatif,kita boleh jimat.Bubbles,mustache,hat,sunglasses,balloons, semua tu boleh buat sendiri.Kalau bubbles tu,baru RM2.Yeay,saya mahu post-wedding photoshoot,boleh la nak bergambar macam-macam pose tanpa segan silu dengan suami kan.

Okey,ini entri sudah lebih.Kalau nak macam ni,kena la kumpul duit,Jangan dok malas berat tulang!

0 comments:

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2012 Protected | Infinite