Dunia Blogging


Assalamualaikum.Harini nak cerita pasal apa perkara aku mungkin tak kan buat/serik dalam dunia blogging.Cewah,konon macam ada orang nak baca,macam ada orang nak ambik tau je kan.Takpe-takpe,ini adalah blog syok sendiri namanya.Ada saya kesah.Cewahh.Heheh :) Tengok muka Donkey tu pon "ada donkey kesah?".

Aku takkan tempah header daripada blogger lain.Kalau free takpe,atau ada blogger bagi freebies header,aku akan guna kalau terdesak.Kenapa begitu? Sebab aku rasa aku boleh buat header sendiri dan ikut taste aku.Macam ni la,aku jenis yang cepat jemu,dan kalau aku beli header dari orang lain,kalau pakai sekejap,mesti rugi kan.Sesetengah blogger pulak jual header pon agak mahal dan kadang-kala tak berbaloi.Maybe sebab aku boleh buat sendiri aku cakap macam ni.Kalau blogger lain yang malas/tak reti nak buat,dia lebih senang order je kan.Header flash sahaja aku tak reti buat lagi.

Aku takkan tempah template daripada blogger lain.Maksud aku,walaupun blogger itu designnye sangat cool dan awesome,tapi aku cuba buat design yang sama/seakan-akan sama dengan template dia buat,tapi ikut taste aku,warna yang aku suka,image yang aku.So,kita akan dapat free,belajar benda baru dan juga design kita.Itu penting ikut blog yang ada jual template,kita boleh take note macam mana cara dia buat,ikut tutorial dan lain-lain.Banner,button?Sama lah,takkan beli jugak.

Aku mungkin takkan beli doodle lagi.Sebelum ni pernah beli doodle dari dari sini ke bintang-bintang.Masa tu aku tak reti nak lukis doodle sendiri.Dan sekarang aku tau la jugak lukis sendiri walaupun comot doodles aku kan.Kiranya bila kita dah tau nak buat sendiri,kita akan lebih fokus nak guna hasil kita :) Dan banyak sangat pendoodler yang bagi freebies doodles.So,why must we buy it?Dan aku jenis cepat jemu,kalau buat untuk header,sekejap sangat akan guna dan tak berbaloi kalau beli.

Aku serik dengan template blogskin.Why?Sebab kebanyakan blogskin designer tak letak code supaya blog kita sentiasa berupdate dalam blog list orang.Faham tak?Maksud aku,sesetengah template blogskin,bila kita pakai,blog kita takkan berupdate dalam blog list orang lain.Kalau aku ada buat entri baru,orang lain yang letak link blog aku xkan tau bahawa blog aku sudah berupdate.So,aku kena buat secara manual,dan kalau aku xsedar,so,orang lain pon takkan sedar blog aku dah berkurun ada entri baru.Faham?Template yang paling senang bagi aku denim,simple,minima.

Aku malas join segmen.Anda pernah baca blog Tubelawak berkenaan isu segmen?Aku memang terpengaruh dengan entri itu dan sebenarnya betul.Kalau join segmen,misalan kata satu segmen ada 200-300 entri orang join.Sekali orang yang buat segmen tu letak kesemua 200-300 blog dalam satu list.Adakah anda akan berminat nak klik satu-satu link blog itu?Aku??Rajinnnn sangat lah aku nak klik setiap satu kan.Dan mesti orang yang buat segmen ada kenakan syarat sekian-sekian;follow blog dia,letak link blog dia.At last,siapa sebenarnya yang dapat untung?Fikir-fikirkan lah.Ehh,aku dulu pon selalu join segmen jugak,dan aku memang takkan pergi setiap blog dalam list tu.Aku akan klik mana yang bertuah sahaja.Heheh. (Menulis dari pengalaman dan pengamatan).Aku rasa kalau nak buat segmen,jangan letak semua link dalam 1 list.Cuba hadkan 1 list 10 blog.Dan setiap blog post tu jarak-jarakkan masanya.Barulah ada hasil.

Join contest dan giveaway?Yes,aku suka join contest & giveaway sebab pernah menang sekali.So,aku rasa berbaloi je join kalau korang rajin kan.Tapi satu je yang aku tak berapa minat.Kadang-kala penganjur buat syarat yang tak munasabah dengan hadiah.Maksudnya,syarat-syarat ; kena follow (ok), kena buat entri (ok), letak banner (ok), kena lika fanpage sampai 10 fanpage (errr), kena promote pensponsor (errr),sekali tengok hadiah; header,cursor,doodle..Aiyoohhh.Dulu pernah tengok syarat macam-macam,hadiah pulak 1 2 biji keychain & coin purse sahaja.Aku pernah join giveaway 2 bulan lepas,kata akan bagitau pemenang hujung bulan 12,sekali bile bukak tengok page giveaway tu dah remove hilang tiba-tiba.Padahal dah punya banyak fanpage aku LIKE.Ni yang saya tak gemar ni.Korang nak follower beribu secara tiba-tiba,buat la giveaway tau ^.^

Annoying tau.Waktu aku suka join giveaway tahun 2009/2010 dulu,syarat mudah.Hadiah apa?Ipad,laptop,MP3,pendrive,shawl,10 20 hadiah sekali gus iaitu ada 10 20 pemenang (hadiah keychain,coin purse,beg,fridge magnet).Baru lah berbaloi,kalau nak aku LIKE fanpage sampai 20 fanpage pon aku sanggup. =.=

Kesimpulan,dunia blogging ini seronok kalau kita jadikan ianya seronok.PEACE. Eh,aku tak rendahkan blogger yang jual template,header,doodle tau.Walhal,dorang lah sumber rujukan aku supaya aku boleh buat jugak versi aku sendiri.

0 comments:

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2012 Protected | Infinite