Isu Giveaway

Assalamualaikum.Korang sihat?Siapa suka giveaway or contest?Semua suka kan?Aku pon suka masuk dulu-dulu,sekarang dah jarang masuk.Aku pernah menang contest,dapat shawl & lilin comel.Suka gila-gila lah.Heheh.Tapi yang aku nak cerita sekarang pasal contest/giveaway sekarang.Aku rasa giveaway sekarang tak telus.Faham tak?

Okay,contoh dalam satu giveaway,ada banyak sponsor kan.Okay la,ada hadiah baju,dress,shawl,rantai,sekali dalam senarai hadiah ada topup RM5 dengan header,doodle,edit gambar.Aku rasa what the H kan.Sebab cuba korang bayangkan,kalau ada 20 hadiah,aku dengan kawan aku join.Misalan kata kawan aku dan aku menang.Kawan aku dapat baju,aku dapat header percuma..huhuhuhuh..Sedih kot.Bagi aku,orang yang buat giveaway pon pada-pada la nak cari sponsor pon.Tak adil tau.Tak pon sekalikan topup RM5 dengan header.Tapi bagi aku,hadiah header & edit gambar adalah sangat NGENG.Kenapa la orang nak sponsor header & edit gambar???Sebab nak naikkan trafic dan follower kan kan?Tau sangat tujuan itu.Dan kenapa la penganjur nak terima hadiah yang macam itu.Kalau nak buat hadiah macam tu biar semua hadiah sekufu.Cewaahh,sekufu.

Lagi satu,aku tengok sekarang kemain ramai budak-budak buat GA..Lepas tu kemain ramai sponsor.Aku terfikir-fikir,dorang bayar ke hadiah itu atau dapat free daripada sponsor?Kalau sponsor,free la kan.Dah tu,kenapa sponsor sanggup nak sponsor hadiah baju la,shawl la sampai 2 3 helai,ada keuntungan ke?Ada win-win situation kah?Sebab aku fikir kan,kalau setakat penganjur promote sponsor dalam blog,rasanya sama je.Sebab kuasa Facebook itu lagi tinggi dalam nak meniaga.Melainkan Irine Nadia,Fatin Liyana,Hanis Zalikah promote sponsor,maybe lah ada nampak perniagaan makin maju.

Lepas tu giveaway sekarang nih gempak sangat,ramai sponsor,sangat banyak fanpage/blog kena LIKE & follow,rasa annoying kot..Huhuhu.Aku join giveaway yang syarat mudah aja.Takpe la hadiah tak banyak,tapi telus.Jangan hadiah banyak tapi merapu.

Hujung tahun lepas ada join contest blog saya ringan dan kemas,habis bulan 12.Okay,dah LIKE FOLLOW blog fanpage semua kan.Bila cek balik post itu sebelum tarikh tutup habis tengok-tengok dah hilang post tu,padahal xhabis lagi contest.Aku musykil,budak-budak ni betul ke buat GA or sekadar nak tambah follower sahaja.

Dan aku ada buat penyiasatan la kan,aku tengok ada satu GA,dah dapat pemenang,tapi bukan penganjur yang hantar hadiah,tapi pemenang kene tebus hadiah sendiri dari sponsor.Dah tu penganjur pulak tak bagitau betul-betul pada sponsor information lengkap pasal pemenang,so pemenang tak dapat-dapat hadiah dia.Aku pelik,jadi sponsor lah yang akan post hadiah pada orang yang menang?Duit pos macam mana?

Lagi satu kan,kenapa blogger budak-budak boleh buat giveaway banyak betul sponsor.Macam mana pensponsor boleh percaya budak-budak.Faham tak?Dorang sponsor rantai,baju,dress,shawl.Budak-budak nih bayar ke.Eh,dah cakap kan,redundant pulak kenyataan aku.Heheh.

Aku cuma musykil.Kalau aku nak buat GA kan,better aku guna duit sendiri kot.Kalau nak cari sponsor pon,biar lah semua hadiah itu sekufu.Jangan tak adil.Aku rasa perlu ada satu persepakatan antara penganjur dan pensponsor.Aku pelik betul,kiranya orang yang anjur tak buat apa-apa tak kuar duit,tapi sponsor yang bagi hadiah gitu?Kalau macam tu,baik pensponsor yang buat GA kan.Hahahah.Okay la,siri ISU aku.Bye.Renung2 dan fikir2 kan lah yek.

4 comments:

aisya said...

setuju dengan entry ni. That's why la jarang join GA/Contest ni. macam tak munasabah pun ada.. =)

ciksukaberangan said...

haha. setuju gak :D

♛ Nazirah a.k.a Naz ♛ said...

@aisya

thanks sudi baca..kan kan..tu la musykil sgt2..heheh

♛ Nazirah a.k.a Naz ♛ said...

@ciksukaberangan

thank sudi baca entri pnjng ni.heheh :)

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2012 Protected | Infinite