Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts

Ana Rafalli Dah Kahwin.Tahniah.

Dengan sekali lafaz, Ana Raffali, 26,sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Majlis yang disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat ini dimulakan dengan majlis pertunangan Ana Raffali dan Aznaim sejam sebelum mereka diijabkabulkan.
Ana Raffali yang berwalikan bapanya iaitu Mohd Raffali Mohd Nor selamat diijabkabulkan pada 11.55 pagi. Pasangan pengantin tampil dengan busana kelabu sedondon dengan Aznaim yang direka khas oleh Ezuwan Ismail.
Pengantin lelaki memberi 7 dulang hantaran iaitu satu dulang coklat, set perfume Mont Blanc, sireh junjung, manisan, gelang berlian dan cincin, set telekung dan wang hantaran sebanyak RM11,412.
Manakala pengantin wanita membalas 9 dulang hantaran berupa sedulang buah-buahan, bunga rampai, kek, dompet, jam Stuhrling dan perfume Lacoste, sireh junjung, Ipad, cincin, dan 7 biji kamera simbolik 7 tahun perkenalan mereka.
Majlis resepsi Ana Raffali dan Ahmad Aznaim akan berlangsung pukul 2 petang pada hari dan tempat yang sama.
 Hah,copy paste terus dari Gempak.Org..Aku suka baju Ana Rafalli..Sweet dan cantik.Warna kelabu bagi aku sesuai dengan lelaki dan perempuan.Cantik-cantik.Aku suka tengok Ana Rafalli dah bertudung dan tutup elok gitu.Harap dia terus kekalkan pakai tudung yang betul,bukan pakai sambil lewa kadang-kadang nampak tengkuk semua tu.Semoga berbahagia yek.Bertuah la suami Ana.

Semua orang heboh pasal Lisa Surihani dan Yusry kahwin,kat dashboard aku penuh orang dok update pasal dorang.Jemu lah.Heheh.Ramai betul artis kahwin kan.Tahniah la korang dah kawin,semoga bahagia sehingga syurga hendaknya.


 Gambar : Rotikaya

Anugerah Juara Lagu 26

Assalamualaikum.Tadi aku tengok Juara Lagu Live Streaming.Okay la,laju jugak mula-mula,lama-lama dia asyik tersekat-sekat aja.Time lagu tak best,laju je,bila lagu Seribu Sesalan tiba-tiba start tersekat.Nih la kekurangan tengok internet,tambah line bukan Unifi kan.Heheh.
Pemenang AJL26 :
1. Persembahan terbaik – Alyah, Kisah Hati.
2. Vokal Terbaik – Hafiz, Awan Nano
3. Tempat Ketiga – Faizal Tahir, Karma
4. Tempat Kedua – 3 Suara, Beribu Sesalan
5. Juara – Hafiz, Awan Nano
Aku mula-mula target Seribu Sesalan,Sungai Lui,Sedetik Lebih boleh menang,tapi target jauh tersasar.Tapi yang pasti semua pemenang best,tak macam tahun lepas waktu Ana Raffali menang,kan kecoh kontroversi habis kan.Siap orang buat Fanpage tak puas hati Ana Raffali menang lagi kat Facebook.Heheh.Kecohh la dorang nih.

Ulasan/Komen/Kata-kata :
  1. Suka 3 Suara sebab gabungan dorang memang mantap,nyanyi live tu,bukan record or lip sync.
  2. Aku baru tau yang lagu Awan Nano adalah lagu M. Nasir. Patut la lagu tu best,sifu yang buat rupanya (yeah,aku lemah bab-bab dunia artis nih,cewahh).
  3. Mula-mula aku ingat lagu Sedetik Lebih tu memang lagu Jaclyn,rupanya itu lagu Anuar Zain.See,aku memang lemah dunia artis.
  4. Aku kan tengok live streaming,sekali dekat Blue Carpet nampak Sharnaz Ahmad & Shila Hamzah jalan berdua pegang tangan.What??Dorang couple ke,kenapa aku tak tau. (entah-entah berita basi kan,aku je baru tau).
  5. Lagu yang aku suka : Sungai Lui,Awan Nano,Sedetik Lebih,Seribu Sesalan,Karma & Kisah Hati.Nampak sangat aku suka puitis-puitis kan.
  6. Bila tengok Najwa Latif rasa tak sangka sangat dia boleh masuk Juara Lagu.Juara Lagu wehh,bukan anugerah cap ayam.
  7. Rasa tersentak tengok Remy Ishak.Oh my,handsome nye Remy!
  8. Bila tengok artis perempuan pakai baju ketat-ketat senak perut rasa.Dah tu punggung lebar je semua. (-,-) Sorry to say,but I am girl/women too.Rasa malu.
  9. Tengok gambar artis di Blue Carpet,yang menarik perhatian aku ialah Corrie & isteri,so sweet lah
  10. Lastly,tahniah M Nasir.Lagu Awan Nano memang best walaupun aku tak faham lirik dia,terlalu hiperbola metafora.Tapi lagu best.  
Dan dan,gambar di atas nih,Khair AF2 ke?Atau aku salah tengok.Muka macam Khair.Oh my,kalau betul Khair,tak sangka dia dah jadi lelaki yang macho macam nih.Dulu waktu kat AF2 dia baru lepas SPM,umur 18 tahun sama dengan Farah Diana.

Kredit : BeautifulNara
 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2012 Protected | Infinite