Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Minat Membaca


Assalamualaikum.Hai,semua suka baca buku tak?Aku suka membaca,tapi bila dah makin besar makin kurang membaca.Aku rasa aku perlu tanam balik kuat membaca.Waktu sekolah aku penah baca buku-buku novel lama yang bahasa serius susah nak faham.Tapi aku boleh faham dan seronok baca.Sebab abang aku suka membaca jugak dan dia banyak koleksi novel lama yang dia bali kat kedai buku terpakai.Kalau boleh rumah aku nanti ada sebuah bilik/rak buku besar untuk aku simpan buku-buku aku.Setakat nih buku novel dengan komik je yang banyak.Heheh.

Bila tengok gambar-gambar design rak buku atau mini library dalam rumah,aku rasa sangat jeles sebab buku dorang tersangat banyak!Mempunyai buku yang banyak adalah best walaupun komik sebab bile kita kumpul elok-elok dan susun ikut bilangan,perasaan tu lain sikit.Serius :)

Baucer Buku 2012


Assalamualaikum.Harini pergi fakulti jumpa pensyarah kejap.Lepas tu pergi ambik baucer buku.Merasa lah jugak nak beli buku.Lepas tu pergi kedai buku UMT,ingat nak beli tafsir Al-Quran tapi kedai buku kosong je.Buku baru pon dorang tak kemas lagi.So,tak dapat beli tafsir,dapat la beli 3 buah buku.Baru guna sekeping baucer RM50.Untung jugak sebab kedai buku UMT bagi diskaun,so,boleh dapat 3 buah buku untuk RM50,dan kena la beli klip kertas dan highlight sebab nak cukupkan RM50 tu.
Buku yang aku beli :
  • Ya Allah, Aku Jatuh Cinta : Mengelola Cinta Tanpa Diselubungi Dosa (Burhan Sodiq)
  • Bercinta Kerana Allah (Misbah Em Majidy)
  • 7 Wanita Hina & Mulia -Dalam Al-Quran Dan Hadis (Misbah Em Majidy)
Semoga buku-buku nih dapat bagi manfaat kepada diri aku. :) Harini terasa lemah jiwa raga fizikal & mental.Lemah dengan keadaan diri sendiri yang sangat-sangat tak reti bersyukur. :(
 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2012 Protected | Infinite