Pengaruh Dasar Pandang ke Timur


Gambar takde motip.Assalamualaikum semua.Okey,nak habaq mai kat semua yang blog ini blog kedua aku.Blog utama aku korang cari sendiri.Kekeke ^.^ Dan bila aku perhati,sekarang ni aku dok update pasal korea/running man saja.Agaknya aku dah terpengraruh dengan Hallyu kot.Ceh,padahal aku dah terpengaruh dengan Hallyu ni sejak zaman sekolah lagi waktu tahun 2001 dulu.Dulu-dulu first datang cerita korea ialah Beautiful Days kat TV2.Tu la first time aku rasa tv Malaysia tayang cerita korea.Balik-balik sekolah dok ngadap cerita tu.Aku pon xingat cam mana aku boleh tengok drama tu padahal petang aku ngaji skolah agama rakyat.Ahh,lantak la.

Memang terbukti Beautiful Days ialah drama Korea pertama ditayang di Malaysia sebab drama ni tahun 2001 & Winter Sonata tahun 2002.Romantik siot drama ni.Memang pengaruh otak betul.


Lepas tu baru la TV3 tayang drama Winter Sonata,Autumn in My Heart,The Successfull Story of Bright Girl & lain-lain.Waktu tu memang budak pompuan macam aku minat la pakwe Korea ni.Ada jugak cerita Taiwan macam Meteor Garden lakonan F4.Aku minat Ken F4 daripada Jerry & Vic.Waktu aku sekolah,kami ni pakat-pakat la berebut si Ken la,si Jerry la,si Vic la.Vanness je takde sapa nak sebab tak berapa hensem.=,=

F4 Dari kiri : Ken,Vic,Vanness,Jerry

Dan sekarang pengaruh Hallyu ni dah semakin berleluasa sebab budak-budak zaman sekarang,sapa tak suka K-pop.Sapa tak suka K-Pop,mungkin dia demam,tak pon dia suka Justin Bieber or One Direction terlebih kot.Aku tak minat,tak jugak suka K-Pop,mungkin pengaruh umur dan semakin menginjak.Aku dengar gak lagu K-Pop,Justin Bieber,tapi tak sampai tahap fanatik.

Tapi sekarang pengaruh Hallyu meresap balik dalam diri aku semenjak tengok Running Man & tiba-tiba minat K-hiphop yaww.Orang asyik K-Pop je kan,aku nak K-Hiphop.Ini membuatkan aku teringat zaman sekolah di mana suatu masa dulu,aku pon pernah jugak terjebak macam budak-budak sekarang.So,aku tak mau la mengata budak-budak yang fanatik dengan K-Pop sebab aku pon sama dulu.

Dan aku cuma nak cakap satu je,takpe nak minat,tapi jangan la sampai kita pertahan sangat keminatan kita sampai kita mengeluarkan kata-kata kesat kepada haters K-Pop.Korang tau cerita pasal blog kutuk K-Pop kan.Amboi,ramai la yang marah budak tu.Apa kata korang buat perkara yang sama dekat blog-blog yang kutuk Islam,kutuk Rasullullah S.A.W,kutuk Malaysia.Lagi bagos.

Dulu aku minat Song Hye Gyo,Won Bin,Song Seung Hun,F4 sampai kumpul poster,gunting gambar dari newspapers lekat dalam buku,beli kad nama gambar Won Bin,beli pelekat Autumn in My Heart.Tengok,cara kakak-kakak minat artis Korea/Taiwan dulu,telus dan amanah,takde nak haters-haters bagai. (Padahal dulu zaman TV,takda internet)


#SayaGenerasi minat F4,#SayaGenerasi minat drama Hongkong petang-petang kat TV2 TV3 NTV7 pukul 6-8,#SayaGenerasi minat Wukong,Fong Sai Yuk,#SayaGenerasi gunting gambar artis lekat dalam buku,#SayaGenerasi yang dahagakan berita/gambar artis Korea/Taiwan melalui newspaper/magazine SAHAJA,#SayaGenerasi telefon kawan guna telefon rumah & sembang 2 jam pasal artis/sekolah,#SayaGenerasi terawal yang terpengaruh dengan Hallyu,#SayaGenerasi yang berebut-rebut artis hensem dengan kawan,#SayaGenerasi yang sanggup mintak kawan cina newspaper bahasa Mandarin yang ada gambar artis Korea/Taiwan kesukaan.#SayaGenerasi takde K-Pop,Justin Bieber,One Direction tapi kami bahagia dengan artis kesukaan kami!

Running Man Pix (Edited)



Yeay,nak buang masa memang senang kan =,=. Tapi satu je,gambar Ji Suk-jin oppa sangat la sikit.Kesian betul bila nak cari gambar dia.Kalau nak besar,click je gambar ni.Yeay,aku jumpa online photo editor yang boleh letak bokeh.Best-best. Best jugak edit gambar guna online photo editor sebab tak payah download install segala macam kerja kan.Online je.Fotoflexer!!Upload gambar dan edit dan save.^.^

Gambar RM member tu,aku ikut umur okey,sebab tu gambar Gary kena besar,sebab aku edit guna photoscpae,so,ada page ini je.Aku xmau letak gambar Joong Ki sebab sekarang kan ber-tujuh. ^.^

Diam Itu Buat Hati Sakit


Dulu ada awak,boleh la jugak nak sembang-sembang,nak cerita,nak lepas geram,nak luah perasaan & nak happy-happy.Sekarang ni hanya sendiri.Mungkin sekejap,mungkin lama macam ni.Tak sapa tahu kan. Kadang-kadang bukan semua benda/masalah/hal kita boleh cerita dengan mak ayah,dengan kawan-kawan.

Moon Brothers

Assalamualaikum.Hai,semua orang,kenal tak Mason Moon?Ala,baby comel yang selalu jadi model kanak-kanak Korea tu.Yang ada berlakon dalam filem ape ntah.Yang muka macam Nichkhun 2PM tu.Heheh.Okey,semua orang kenal kan,aku sebenarnya baru tau yang Mason Moon pon ada 2 orang lagi adik lelaki yang super comel,sebab baru baca majalah e-Pop kan.Heheh.Adik kedua Mason ialah Mavin Moon dan yang bongsu Maden Moon.Dorang ni memang cantik/lawa/comel/cute/kawaii macam bulan pon.

Dari kiri: Mavin,Maden.Mason

Dari kiri : Mavin,Maden,Mason

Yang sulung : Mason Moon.Nak kenal dia,tengok muka ada macam Nichkhun tu,Mason Moon la tu.

Yang tengah : Mavin Moon.Cara nak kenal,ada lesung pipit & mata sepet sikit.

Yang bongsu : Maden Moon. Cara nak kenal,kalau yang paling kecik tu,dia la tu.

Majalah e-Pop


Assalamualaikum.Semalam beli majalah e-Pop (BM) bulan Disember punya.Rasa nak tergelak pon ada,bayangkan aku dah umur 22tahun beli majalah e-Pop yang penuh dengan cerita artis K-pop & J-Pop.Rasa lawak je baca,dah la tulisan kecik-kecik & satu mukasurat tu pulak penuh dengan image.Rasa pening pon ada,Tapi aku beli pon sebab ada artikel 1 muka surat pasal Kang Gary.Hahah.Kalau tak,takdenya nak beli.Bila aku belek-belek majalah e-Pop tu,aku rasa diri dah tua pulak,tak sesuai langsung baca majalah tu. =,= Serius,ni pertama dan terakhir kot beli.Melainkan kalau ada poster Kang Gary/Ji Hyo dalam tu.
 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2012 Protected | Infinite