Tshirt Kartun


Assalamualaikum.Kadang-kadang kalau pergi shoping complex selalu jumpa tshirt kartun RM10 tuh.Teringin nak beli,tapi saiz paling besar pon XL.Saya nih kadang-kadang ada baju saiz XL tak muat.So,tengok aja.Waktu tengah popular monyet yang comel tu,teringin nak beli,lepas tu zaman Domo Kun pon teringin nak beli,sekarang zaman Angry Bird pon teringin nak beli,tapi tak yakin nak usha tengok saiz takde.Huhu :(

Yes,walaupun dah berumur 23,tapi keinginan nak pakai tshirt kartun tetap ada.Tengok kawan-kawan yang muka macam budak-budak comel je pakai,tapi apakan daya,muka sendiri pon terlalu matang.Karang kalau pakai takut di kata tak tengok cermin pulak.

Tapi tapi,nanti bila pergi Ipoh Parade mahu la cari sehelai dua tshirt kartun untuk diri sendiri.Kalau ketat,pakai kat rumah je lah kan. :)

 Comel bangat sihh!

Header Baru yang Free


Assalamualaikum.Ehem-ehem.harini,hari bertuah sebab ada budak baik buatkan header free untuk aku,blog aku nih yang sekadar sebuah diari yang jarang di update.Hehehe :) Tadi tengah tengok recent post kat Facebook,ternampak status Diana nih.Lalu aku pon tanpa segan silu mintak satu header free siap bagitau detail semua.Memang suka barang free kan orang perempuan nih.Dan aku cakap la,nak warna pink,lebar 900px,nama My Pastel Diary,gambar letak je apa-apa.Tengok-tengok Diana nih letak gambar diary kaler pink bulu-bulu.Aku yang memang suka barang cute kawaii nih memang jatuh cinta la.First time tau orang buatkan header free untuk aku.Terharu =.=

Sebelum nih selalu rembat header freebies blogger lain je.FREE okay,kalau korang berkenan kan tengok header itu,pegi PM fb Diana nih.Kalau dia ada freetime or dia boleh buatkan untung la korang.Hehe.Cun tak?Cun tak?Nak pegi blog Diana nih,KLIK.Ohsem betul la,rasa terharu okay.

Anugerah Juara Lagu 26

Assalamualaikum.Tadi aku tengok Juara Lagu Live Streaming.Okay la,laju jugak mula-mula,lama-lama dia asyik tersekat-sekat aja.Time lagu tak best,laju je,bila lagu Seribu Sesalan tiba-tiba start tersekat.Nih la kekurangan tengok internet,tambah line bukan Unifi kan.Heheh.
Pemenang AJL26 :
1. Persembahan terbaik – Alyah, Kisah Hati.
2. Vokal Terbaik – Hafiz, Awan Nano
3. Tempat Ketiga – Faizal Tahir, Karma
4. Tempat Kedua – 3 Suara, Beribu Sesalan
5. Juara – Hafiz, Awan Nano
Aku mula-mula target Seribu Sesalan,Sungai Lui,Sedetik Lebih boleh menang,tapi target jauh tersasar.Tapi yang pasti semua pemenang best,tak macam tahun lepas waktu Ana Raffali menang,kan kecoh kontroversi habis kan.Siap orang buat Fanpage tak puas hati Ana Raffali menang lagi kat Facebook.Heheh.Kecohh la dorang nih.

Ulasan/Komen/Kata-kata :
  1. Suka 3 Suara sebab gabungan dorang memang mantap,nyanyi live tu,bukan record or lip sync.
  2. Aku baru tau yang lagu Awan Nano adalah lagu M. Nasir. Patut la lagu tu best,sifu yang buat rupanya (yeah,aku lemah bab-bab dunia artis nih,cewahh).
  3. Mula-mula aku ingat lagu Sedetik Lebih tu memang lagu Jaclyn,rupanya itu lagu Anuar Zain.See,aku memang lemah dunia artis.
  4. Aku kan tengok live streaming,sekali dekat Blue Carpet nampak Sharnaz Ahmad & Shila Hamzah jalan berdua pegang tangan.What??Dorang couple ke,kenapa aku tak tau. (entah-entah berita basi kan,aku je baru tau).
  5. Lagu yang aku suka : Sungai Lui,Awan Nano,Sedetik Lebih,Seribu Sesalan,Karma & Kisah Hati.Nampak sangat aku suka puitis-puitis kan.
  6. Bila tengok Najwa Latif rasa tak sangka sangat dia boleh masuk Juara Lagu.Juara Lagu wehh,bukan anugerah cap ayam.
  7. Rasa tersentak tengok Remy Ishak.Oh my,handsome nye Remy!
  8. Bila tengok artis perempuan pakai baju ketat-ketat senak perut rasa.Dah tu punggung lebar je semua. (-,-) Sorry to say,but I am girl/women too.Rasa malu.
  9. Tengok gambar artis di Blue Carpet,yang menarik perhatian aku ialah Corrie & isteri,so sweet lah
  10. Lastly,tahniah M Nasir.Lagu Awan Nano memang best walaupun aku tak faham lirik dia,terlalu hiperbola metafora.Tapi lagu best.  
Dan dan,gambar di atas nih,Khair AF2 ke?Atau aku salah tengok.Muka macam Khair.Oh my,kalau betul Khair,tak sangka dia dah jadi lelaki yang macho macam nih.Dulu waktu kat AF2 dia baru lepas SPM,umur 18 tahun sama dengan Farah Diana.

Kredit : BeautifulNara

Tragedi Running Man

Assalamualaikum.Baru-baru nih aku rasa geram sangat dengan Running Man.Tak tau kenapa.Maybe boring?Ye la,orang selalu cakap,kalau kita suka sesuatu jangan suka/sayang sangat,mana tau satu hari nanti jadi benci.Dan aku rasa betul.Sebab baru-baru nih,memang aku download sahaja,tapi tak tengok pon.Tengok skip-skip dan sikit-sikit je.Tapi gelak tetap gelak.Dan aku ada sebab kenapa rasa geram dengan Running Man :
  1. Gwang Soo,Suk Jin,Gary selalu kena buli.Selalu sangat sampai rasa kenapa perlu buat macam tu.Member lain sanggup bunag/buli dorang sebabkan nak menang.
  2. Jong Kook selalu pilih HaHa.Dan aku rasa title Jong Kook with 2 Kids tak releven langsung sebab Jong Kook will always choose HaHa instead of Gary.Perlu ubah nama tu,Jong Kook and HaHa atau Hyung with Dongsaeng.Tak patut la macam pilih kasih,just watch episode 78.Urggh..
  3. Terlalu kejam.Aku tengok recent episode memang kejam.Gary & Gwang Soo tolong win team menang,tapi dorang tak kongsi hadiah.Kata Lunar New Year,dan bila tahun baru perlu lah ada rasa nak share apa yang kita ada dengan orang lain kan.Rasa tak perlu lah sambut Lunar New Year tu kalau buat preangai kedekut. (Yes,maybe behind the camera they share the present,but viewer can't see it !)
  4. Aku rasa sekarang crew Running Man nak buat couple baru iaitu Haha & Ji Hyo.Hello,i am Monday Couple shipper.Yes,aku tahu ramai sangat orang yang suka HaHa & Ji Hyo or Secret Couple,tapi tolong la.Sekarang dah nak masuk episode 80.Kalau nak buat,buat la awal-awal dulu.So,hati aku takkan terluka macam nih.Dan tengok recent episode,they always made Ji Hyo team up with HaHa.Rasa annoying betul nak tengok.Kalau dorang teruskan macam nih,maybe satu hari nanti peminat Running Man akan berkurang.
  5. Bila crew Running Man buat macam nih,aku rasa aku dah mula menyampah dengan member lain,kecuali Gwang Soo,Suk Jin dan Gary.Member & crew terlalu kejam dengan 3 orang nih.Bukan recent episode sahaja,tapi earlier episode.Kalau korang peminat Running Man,korang akan nampak akan ada banyak scene yang dipotong lebih-lebih lagi Easy Brothers.Sangat tak adil.
  6. Dan aku akan tetap minat Kang Gary,sebab aku tau dia mesti rasa tak seronok jugak. :( Seperti Facey cakap,Gary Oppa nampak sangat gloomy dalam episod baru-baru nih :( Dan kalau Running Man dah tamat siaran pon,aku akan tetap suka Gary.Yang lain?Hanya tinggal memori :S

Day Three. Three of your favorite songs ever

Assalamualaikum kembali :) Three of your favorite songs ever.Aku bab-bab lagu sangat lemah sebab aku jarang dengar radio.So,aku banyak dengar lagu-lagu lama sahaja.Currently,aku selalu dengar lagu Fallen OST bagi filem Fair Love,filem Korea 2009.Best lagu nih.Tapi aku suka yang piano version sebab suara perempuan yang nyanyi itu sedap.Dan currently jugak aku selalu dengar lagu Rosalinda OST drama Mexico Rosalinda dan lagu Pandora OST drama Mexico La Usur Padora.

이하나 - Fallen

Rosalinda

Pandora

Day Two. Two people you want to be with right now


Assalamualaikum.Dah lama tak tulis kat sini.Two people you want to be with right now yeh.Aku nak bersama family dan kawan.2 golongan bukan 2 orang nih.Heheh.Family mestilah abah makcik kakak yob nyah yang dan semua lah.Sayang family aku,tapi aku selalu buat susah hati abah dan adik beradik aku.:(
Golongan kedua mestilah kawan-kawan aku.Aku nak jumpa Zarini,Fatin,Dello,Sue,Shaz,Ain,Jas,Laili.Rindu semua :)
Dan rasanya aku kena dekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Monday Couple Moments











MONDAY COUPLE JJANG
KANG GARY ♥‿♥ SONG JI HYO

Hikayat Sang Kancil dan Buaya

Hikayat Sang Kancil menipu Buaya.

Pada suatu hari yang tenang,terlihat Sang Buaya sedang bergembira melompat-lompat dan bermandi manda sementara rakan-rakannya sedang tidur.Sungguh seronok Sang Buaya.

Setelah selesai bermain dan mandi, Sang Buaya pun pergi ke pokon untuk berehat seketika.Ketika ia hendak duduk,ia telah terduduk di atas kulit durian.
"Adoi!!Kurang asam.Siapa yang membuang kulit durian di sana sini.Pakailah tong sampah!,"kata Sang Buaya menahan sakit.
Lalu di baling nya kulit durian itu lalu termasuk ke dalam mulut kawannya.

Sementara itu,kelihatan Sang Kancil yang sedang berjalan-jalan mencari makanan.Setelah mencari ke sana-sini,ia pon terlihat Sang Buaya sedang enak tidur di tepi sungai.Ia jugak telah terlihat sepohon pokok jambu di seberang sungai itu.
"Emm,nyenyaknya Buaya-buaya itu tidur,"kata Sang Kancil melihat Buaya.
"Alangkah sedapnya buah itu,aku sedang kelaparan.Baik aku pergi ke sana untuk makan,"kata Sang Kancil.

Ketika Sang Kancil hendak berkira-kira untuk melintas,Sang Ikan telah menegurnya.
"Jaga-jaga Kancil,jangan disangka air yang tenang tiada buaya," kata Sang Ikan.
"Saya tak takut,Buaya semua sedang nyenyak,"kata Sang Kancil.
"Iya Kancil,tapi air sungai ini dalam Kancil,tentu engkau akan hanyut.Saya ingatkan saja.Jumpa lagi,"kata Sang Ikan lagi lalu Sang Ikan berenang kembali ke dalam sungai.
"Terima kasih Ikan,baik betul Ikan,kalau tidak tentu aku susah,"kata Sang Kancil.
"Bagaimana hendak menyeberang sungai?Hah,aku ada satu akal,"kata Sang Kancil.

Lalu Sang Kancil pun pergi menegur Sang Buaya.
"Sang Buaya,Sang Buaya,"panggil Sang Kancil.Namun Sang Buaya tidak menyahut.Lalu Sang Kancil menjerit lagi,"Sang Buaya!!,"jerit Sang Kancil.Sang Buaya yang sedang enak tidur pun terkejut lalu melompat.
"Engkau Kancil,nasib baik aku tak meninggal.Hilang semangat aku.Berani kau Kancil,tak tahu ke buaya suka makan daging kancil,"kata Sang Buaya.

"Iya Sang Buaya,tapi aku ada pesanan penting dari orang kaya,"kata Sang Kancil.
"Pesanan penting??,"kata Sang Buaya.
"Ya Sang Buaya.Orang kaya menyuruh aku mengira binatang-binatang di dalam hutan ini supaya diadakan MAKAN,"kata Sang Kancil.

"MAKAN?,"kata Sang Buaya.
"MAKAN?MAKAN?,"kata buaya yang lain bersambung-sambungan sambil meluru ke arah Sang Buaya dan Sang Kancil terkocoh-kocoh.
"Ayuh Kancil,kita mula mengira sekarang juga,"sahut Sang Buaya.Namun begitu Sang Buaya telah dilanggar buaya-buaya lain yang gelojoh.
"Adoiii,sakitnya,takde disiplin punya buaya,"adu Sang Buaya setelah dilanggar buaya yang lain.

"Buaya-buaya sekalian,berkumpul.,"arah Sang Buaya kepada kawan-kawannya.
Maka berbarislah buaya-buaya sekalian dengan tertib.
"Emm,Sang Buaya,lebih senang dikira sekiranya berkumpul di dalam sungai,mungkin ada yang tertinggal,"kata Sang Kancil.
"Ye juge,buaya sekalian,berkumpul di dalam sungai,"kata Sang Buaya sambil mengarah buaya lain.

"Kancil akan mula mengira kamu semua,"kata Sang Buaya kepada buaya yang lain.Sang Kancil pun bersiap sedia untuk mengira bilangan buaya.

"Satu".Lalu buaya yang pertama terasa geli.Lalu Sang Kancil berkata,"geli konon".Lalu Sang Kancil terus melompat untuk mengira.
"Satu dua tiga lekuk,"kira Sang Kancil.
"Jantan betina aku ketuk,"sambung Sang Kancil lagi sehingga ia sampai ke seberang sungai.

"Semuanya berapa Kancil?,"tanya Sang Buaya.
"Ada 9 ekor buaya yang bodoh,"kata Sang Kancil.
Terkejut lah kesemua buaya.
"Hah!!,"jerit kesemua buaya.
"Sebenarnya aku hanya hendak menyeberang sungai ini,heheheheh,"ketawa Sang Kancil.

"Jadi tiada lah makan,kita kena tipu,ini semua kau punya pasal,"kata seekor buaya.
"Betul!,"sahut buaya yang lain.
Lalu larilah Sang Buaya dikejar kawan-kawannya.

"Alamak,nasib baik terlepas.Tunggu kau Kancil,"kata Sang Buaya menahan marah.
Namun begitu,Sang Kancil telah terlambat kerana monyet telah memakan kesemua buah jambu itu sehingga habis.Melepaslah Sang Kancil yang malang untuk makan.
Sepandai pandai kancil, melepas juga buah jambu.
Bak kata pepatah,sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.

Gif : Anonymous Pinky.
Dialog : Dialog dari original video & di tokok tambah oleh Anonymous Pinky.
Original video : Youtube
Nak guna animated gif di atas?Yeah,sure,tapi sila komen tau :)Kalau rajin,kredit lah.Bukan sekejap nak buat,walaupun guna Benderconverter,tapi ambil masa juga.

Signature Forum

Signature Ownskin

Signature Isubs & KSN

Signature Gempak.org

Lepas nih signature forum apa pulak aku buat kan.=,= Cantik tak kita buat?Kihkih.Suka pulak buat animated gif ni,happy tengok dia gerak kelip-kelip.

(Freebies) Nokia Theme Monday Couple & Running Man

Sapa peminat Running Man dan Monday Couple,boleh la download nokia theme untuk handphone korang itu.Resolusi 240x320, dengan .nth type theme, untuk handphone nokia series 40 3rd/5th edition.Kalau handphone korang :

Nokia 6131NFC Nokia 6300 Nokia 6133 Nokia 5300 Nokia 6288 Nokia 7390 Nokia 7373 Nokia 6275i Nokia 6275 Nokia 6126 Nokia 6131 Nokia 6282 Nokia 6233 Nokia 6234 Nokia 7370 Nokia 6280 Nokia 6265i Nokia 6265 Nokia 6270 Nokia 8600 Luna Nokia 6131NFC Nokia 6133 Nokia 6126
Nokia 6131 Nokia 6233 Nokia 6234 Nokia 8600 Luna Nokia 6300 Nokia 5300 Nokia 7390 Nokia 7373 Nokia 3610 fold Nokia 5000 Nokia 6263 Nokia 6555 Nokia 7500 Prism Nokia 6267
Nokia 5220 XpressMusic Nokia 6600 slide Nokia 6600 fold Nokia 3600 slide Nokia 6212 classic
Nokia 6300i Nokia 3120 classic Nokia 8800 Arte Nokia 6301 Nokia 5610 XpressMusic
Nokia 5310 XpressMusic Nokia 7210 Supernova Nokia 7310 Supernova Nokia 7610 Supernova
Nokia 7900 Prism Nokia 6500 classic Nokia 6500 slide

Handphone aku Nokia 7310 Supernova aje.Hehehe :) Kalau nak senang cari (CTRL+F) je la yek.




Kalau handphone korang tersenarai itu,boleh la guna.Kalau aku ada tersilap bagitau info pasal list handphone tu bagitau ye :) RUNNING MAN DAEBAK,MONDAY COUPLE JJANG <3

Luahan Hati Awal Tahun 2

jangan mencari jika hilangnya aku,
jangan bersedih dengan ketiadaan aku,
jangan berduka kerana perginya aku,
jangan mengharap dengan bantuan aku untuk menggembirakanmu kerana sesungguhnya aku insan yang tak punya kuasa. banyak khilaf dan dosa….
jika kalian menganggapku sempurna,
pasti kalian akan menyesal suatu hari nanti pabila kalian lihat keburukanku.
Source : Tersenyum melihat langit

Luahan Hati Awal Tahun

kenapa senyap ?
kenapa diam ?
kenapa tak kongsi ?
kenapa tak cerita ?

entah.
tak semua benda boleh dikongsi.
tak semua benda boleh diluah, boleh dicerita.
ada perkara perlu dihadapi dan ditelan sendiri.
diluah takut membuka aib,
dicerita takut dijaja kelak.

dengan manusia, lidah kelu, walau hati sangat ingin berbicara.
tiada kata mampu menzahir segala rasa.

denganNYA,
bibir kaku, tiada kata mampu terucap.
yakin, DIA sudah sangat tahu.
hati sebak, dada terasa berat.
yakin, DIA sudah sangat mengerti.
hanya doa terzahir,
” Ya Allah, berilah kekuatan, untuk menghadapi semua ini”

Source : Tersenyum melihat langit

Happy New Year 2012

BYE

ASSALAMUALAIKUM

Semoga jadi lebih baik,InsyaAllah.
Syukur masih diberi peluang untuk bernafas di tahun baru.
 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2012 Protected | Infinite